Lama dah tak update blog...dalam kesibukan menanda kertas peperiksaan akhir, saya curi sedikit masa yang ada untuk update blog ni. Kenapa? Kerana Bulan Nov adalah bulan yang sangat istimewa buat saya.
Kenapa Nov sangat istimewa buat saya?
Pertamanya; 11/11 adalah ulangtahun perkahwinan saya. Diam tak diam, usia perkahwinan saya dah menjangkau 9 tahun...alhamdullillah, Allah masih panjangkan usia saya untuk menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke-9. Semoga ianya kekal hingga ke akhir hayat saya. Buat suami tersayang, terima kasih atas segalanya.
Keduanya; 20/11 adalah hari pertama saya melapor diri untuk bekerja di UiTM. Saya ditempatkan nun jauh di UiTM Perak (masa tu UiTM Manjung). Dah 9 tahun juga saya berkhidmat sebagai pendidik...pekerjaan yang tak pernah saya impikan semasa kecil. Alhamdullillah, Allah tentukan rezeki saya di bidang ini. Saya bersyukur dengan rezeki ini. Saya sentiasa berdoa semoga saya dapat memberi yang terbaik buat UiTM dan pelajar-pelajar saya.
Banyak perkara yang saya pelajari sepanjang 9 tahun bergelar isteri, ibu dan pendidik. Semoga saya dapat terus bertahan serta istiqamah dalam apa jua yang saya lakukan selepas ini. Amin...

0 comments:
Post a Comment