17 March 2010

Sedih...Letih...Gembira...

Minggu ini saya diuji dengan pelbagai dugaan. Tapi alhamdullillah, ianya berakhir dengan satu berita gembira. Mungkin ini dikatakan rahmat ALLAH..."setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya".
Sedih??Ahad lepas, emak saya dimasukkan ke wad selepas beliau mengadu sakit dada. Doktor kata, emak saya ada sedikit masalah dengan jantungnya dan ditambah dengan darah tingginya. Sedih dan susahnya hati saya. Tapi saya bersyukur ianya tak kritikal yang disangkakan. Semoga emak saya akan terus sihat...dan dipanjangkan umurnya oleh Allah.

Letih??Minggu ini minggu yang amat letih bagi saya. Banyak kuliah ganti...siang dan malam ada kelas. Waktu lunch pun saya buat kuliah ganti...alhamdullillah saya dapat menjalankan tugas sepertimana yang dirancang.

Gembira???Semalam saya dapat email dari pemangku pengarah. Email ini buat hati saya gembira dan bersyukur. Rezeki anak-anak...alhamdullillah, hasil usaha saya mengharungi ptk selama 7 hari akhirnya saya lulus dengan cemerlang dan mendapat anjakan gaji. Syukur kepada Allah atas rezeki ini.

Itula cerita hidup saya minggu ini...hidup ini tak selalunya indah kan? kadangkala sedih, kadangkala gembira. Semua ini adalah asam garam kehidupan sebagai manusia...tapi apa yang pasti, setiap dugaan yang Allah beri kepada kita hanya Allah yang tahu kenapa kita yang menerimanya...dan pastinya ada ganjaran yang Allah dah tentukan untuk kita...itu tandanya Allah masih sayangkan kita...kita aje yang mungkin melupakanNya...

5 comments:

HishamMB said...

Salam.

Tahniah dapat anjakan.

Ttg research, insya-ALLAH akan bersambung nanti, terpaksa berhenti rehat seketika.

Tahniah!!

Aina & Alya said...

terima kasih En Hisham. Rezeki anak-anak.

Ttg research tu, saya sedia aje bila-bila untuk disambung. Anak muridkan...kena la dengar cakap guru krn nak belajar.

Nurzeatul said...

Tahniah Kak Yus!!!

cik maz said...

Tahniah kak yus & semoga mak kak yus cepat sembuh...

Aina & Alya said...

to nurzea and maz

terima kasih...terima kasih..terima kasih...