Lega rasanya...
Wednesday, February 03, 2010 | Author: Aina & Alya
2 Feb 2010 (Selasa) - Saya rasa lega sedikit kerana tugas sebagai ketua KIK telah pun diserahkan kepada Pn Z*. Saya boleh menarik nafas lega sedikit...kerana saya takut lama sangat jadi ketua...idea pun dah semakin berkurang. Biar la orang lain yang menerajui kumpulan Tech*. Semoga dengan ketua baru, ahli2 akan lebih komited dan bersemangat dalam melaksanakan projek yang dirancang.
Kepada Z* - Selamat bekerja lebih keras dan memastikan projek yg dirancangkan menjadi realiti.
Kepada ahli-ahli Tech* - Berikan 100% sokongan anda kpd ketua baru dan semoga berjaya ...masuk mini konvensyen dan akhir sekali ke konvensyen di Kelantan. Selamat berKIK.
Saya? Saya akan meneruskan peranan sebagai ahli. InsyaAllah dengan ilmu yang sedikit mengenai KIK, semoga saya dapat menyumbang kepada sesuatu yang lebih baik utk kump, fakulti dan UiTMJ. InsyaAllah.
Teringin...Teruja...Tapi X Tahu Yang Mana Satu!?
Friday, January 29, 2010 | Author: Aina & Alya
Sejak akhir2 nie saya asyik terfikir...teringin..teruja pun ada untuk memiliki sebuah netbook...atau orang panggil sebagai mini notebook.

Macam2 jenama yang saya survey...tapi masih lagi mencari...dan mencari yang terbaik untuk saya beli...akhirnya saya jadi buntu...tak tahu mana satu...masing2 ade kelebihan dan kekurangannya...aduh! pening dibuatnya...bukan apa..barang nak pakai lama, pastinya saya nakkan yang terbaik...betul tak?

Kebuntuan ini ditahap yang agak kritikal...umpama lagu Allahyarham P Ramlee ...hehehe...

" Yang mana satu
Idaman kalbu
Tidak tertahan ....."

Banyak yang saya baca..akhirnya ini yang saya jumpa mengenai netbook...

"Best Netbook 2009 - Both Laptopmag.com and PCmag.com named the Toshiba NB-205 as their editors' choice."

Itu tahun lepas, 2009...bagaimana dengan 2010? Dunia IT, dalam masa satu hari jer dah macam2 yang berubah. Entahlah...tak terkejar dibuatnya...sabar je la.
Selamat Tinggal 2009...Selamat Datang 2010
Wednesday, December 30, 2009 | Author: Aina & Alya
Salam...

Setiap yang bermula, pastikan berakhir. Begitu juga tahun 2009. Kini telah tiba dipenghujung tahun 2009. Esok...2010 bakal menjengah. Pelbagai suka, duka dan cabaran sepanjang tahun 2009. Alhamdullillah, saya dapat tempuhinya dengan baik. Dan Allah masih mengizinkan saya untuk berkhidmat di bumiNya ini.

Sebagai isteri dan ibu...saya masih berusaha untuk jd isteri dan ibu yang baik. Bila anak2 semakin membesar, semakin besarlah cabaran dalam mendidik anak2. Semoga dengan hadirnya tahun 2010, akan memberi ruang dan peluang untuk saya jadi yang terbaik dan mampu mendidik anak2 saya menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Sebagai staf...tahun 2009, saya banyak berdiam dari bercakap...bukan sombong...bukan tak sudi...bukan tak suka bersosial...tapi mencari ruang untuk perbaiki diri yang serba kekurangan. Alhamdullillah, banyak perkara yang saya hajati telah terlaksana dengan izinNYA. Namun ianya tak seindah orang lain...dan saya masih lagi berusaha untuk jadi staf yang cemerlang dan terbilang. Saya sentiasa berdoa semoga dengan hadirnya 2010, Allah akan mempermudahkan saya dalam apa jua yang bakal saya lakukan...semoga saya dapat bekerja dengan hati yang ikhlas serta diredhai oleh Allah...amin...

hari ini hari terakhir
hari esok 2010 menjelang
kurangkan bercakap banyakkan berfikir
azam baru tahun mendatang...

semalam adalah kenangan
hari ini adalah kenyataan
esok adalah harapan
mari kita mula tahun 2010 dengan keimanan, kasih sayang dan keamanan...

:Cinta Pertama:
Monday, November 16, 2009 | Author: Aina & Alya
Aku terima ketentuan ini
Engkau menghilang lenyap dari hariku
Aku menempuh liku dalam liku
Tubuh langkah kesal lindungku

Sepi kesepi panjang dan berbatu
Pedih hancur lena dalam mimpiku
Aku mendengar keluhan darimu
Namun kini segala berlalu

Chorus
Cinta pertama hanya dirimu
Cinta pertama mengajar aku
Cinta pertama sekadar waktu
Sedangkan aku mencintaimu
Maafkan aku
Maafkan aku
Meluka hatimu

Kini ke mana tiada lagi hidup aku
Hanya rintih meneman hari-hariku
Biar bertahun ku inginkan oh tahu
Kekal harum cinta padamu

Cinta pertama hanya dirimu
Cinta pertama mengajar aku
Cinta pertama sekadar waktu
Sedangkan aku mencintaimu
Aku perlukan Tuhan yang tahu
Aku melara menentang waktu
Maafkan aku dosa-dosaku
Maafkan aku oh kasihku
Maafkan aku
Maafkan aku
Maafkan aku
Maafkan aku

Cinta pertama hanya dirimu
Cinta pertama mengajar aku
Cinta pertama sekadar waktu
Sedangkan aku mencintaimu
Aku perlukan tuhan yang tahu
Aku melara menentang waktu
Maafkan aku dosa-dosaku
Maafkan aku oh kasihku
Maafkan aku
Maafkan aku
Maafkan aku
Maafkan aku

Penyanyi: Hattan